Fakta: Abby Mabuk Politik 'Bidas' selain dari Ulama' PAS dan akui tidak pernah mengundi .

28 Nov 20121comments


Sikap Abby Abadi yang tidak pernah mengundi sebelum ini adalah dianggap mengkhianati perjuangan orang-orang Melayu dan Agama Islam.

Merujuk kepada sikap berat sebelah Abby yang mengatakan hanya PAS sahaja Parti yang memperjuangkan Islam adalah sesuatu yang tidak tepat sama sekali. Setiap orang Islam, tidak kira orang UMNO atau orang PAS  sudah pasti akan meletakkan Islam sesuai pada tempatnya yang tinggi dan memperjuangkannya.  

MHS yakin , Abby Abadi ini hanya mendengar cerita dan kisah dari sebelah pihak sahaja. Apa yang pelik , Abby juga mengatakan memberikan sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat yang juga terdiri daripada DAP dan PKR.

DAP secara terang-terangan bukan sahaja menolak HUDUD malah menolak syariat Islam dan Hukum Hakam sebagaimana bidasan Karpal Singh terhadap Larangan Bukan Muhrim untuk menggunting rambut bukan Muhrim yang lain. Manakala PKR pula terlalu memperjuangkan Liberalisme dan Perubahan yang menghala kepada Hak Asasi Manusia yang tidak berlandaskan Islam dan adat ketimuran! 

Persoalan: Adakah gabungan PAS-DAP-PKR sudah cukup kuat untuk memperjuangkan Islam? 

Adakah ulama' lain yang tidak berparti yang melihat UMNO sedang berusaha ke arah Islam dilihat tidak memperjuangkan ISLAM? 

Abby, ini bukan soal, pihak ini tidak Islam, pihak ini Islam. Ini adalah soal politik. Pemahaman agama yang telah diracunkan dengan politik songsang sehingga menyebabkan perpecahan sesama Islam adalah sesuatu yang dimurkai Allah sebagaimana di dalam hadis Nabi SAW: 

Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya: “Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.
Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:
“Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.”(Bukhari)


Sah lah Abby Abadi ketika ini sedang 'mabuk' politik.


Petikan Berita: 

PASIR PUTEH - Selebriti Abby Abadi mengakui tidak pernah mengundi sebelum ini kerana golongan artis tidak pernah diberi kesedaran mengenainya walaupun sering kali terlibat dengan program anjuran Umno dan Barisan Nasional.

Abby berkata, penglibatan artis dalam program parti hanya untuk memeriahkan majlis dan menarik ramai hadirin.

Ketika itu katanya, beliau tidak berasa bersalah tidak mengundi kerana tidak memahami kepentingan politik.

Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti katanya, beliau akan rasa bersalah sekiranya tidak mengundi kerana sudah sedar kuasa politik amat penting apatah lagi kepada perjuangan Islam.

“Pada saya, Pas merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di negara ini dan saya tidak mempunyai pilihan lain selain memberikan sokongan penuh kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

Share this article :

+ comments + 1 comments

28 November 2012 at 23:56

Kalau macam tu kena Qadha' 13 kali mengundi untuk PRU 13 nanti yer kak Ebbi..

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team