MHS tidak tahu sama ada ini adalah kata-kata perlian daripada Ketua Dewan Ulama' PAS kepada #Nurulizzah berhubung kenyataannya terhadap kebebasan agama perlu juga diberikan kepada bangsa #Melayu. Namun umum mengetahui, kenyataan sebegitu merupakan satu yang tidak betul terutamanya apabila ia melibatkan hukum dan Akidah bangsa Melayu yang beragama ISLAM.
Namun MHS yakin kenyataan ini ikhlas keluar daripada seorang Ulama' yang berada di dalam #pas iaitu kenyataan itu mengundang kekeliruan ummat #Islam.
Persoalan: Pemimpin jenis apakah ini jika setiap kenyataan mereka mengundang kekeliruan??
Kenyataan Akhbar:
KUALA TERENGGANU 11 Nov. - Dewan Ulama Pas hari ini menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung orang Melayu perlu diberi kebebasan memilih agama.
Ketuanya, Datuk Harun Taib percaya rakyat sudah tahu menilai kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Selain itu, beliau berkata, terserah kepada pertimbangan Nurul Izzah sama ada perlu menarik balik kenyataannya yang penuh kontroversi itu atau tidak.
Tegasnya, hanya Nurul Izzah sendiri yang tahu menilai keperluan untuk menarik balik kenyataan itu atau pun sebaliknya memandangkan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih mengetahui ketepatan sebenar fakta yang diluahkannya.
Jelas Harun, sekiranya Nurul Izzah rasa bersalah atas kesilapan kenyataan yang dinyatakannya tempoh hari, Naib Presiden PKR itu sewajarnya menarik balik kenyataan tersebut bagi mengelak timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
Sementara itu , Mohamad Hassan, Montori Bosar Nogor Sembilan menyifatkan kenyataan dibuek Naib Presiden PKR itu sebagai satu kesilapan yang bosar. "Jika benar dia berkata begitu, maka perkara ini amat dikesali. Kenyataan sedemikian tidak seharusnya keluar dari mulut pemimpin apatah lagi beragama ISLAM sepertinya"
MHS merasakan ini jelas menunjukkan kesemua pemimpin ISLAM menolak kenyataan ini. Kenyataan yang dangkal seperti ini tidak lain hanya berniat untuk mempergunakan agama sebagai alat politik demi menarik sokongan Bukan ISLAM.
"Anwar Ibrahim dan anaknya harus bertaubat!" ALLAHUAKBAR!
+ comments + 7 comments
Tara tu lah itu harun taib barani kata tentang anak nuarbrahim ini. Beranai dia kata nurul salah dan biadap terhadap agama Islam. Begitu juga nikajis da hadiwang, Mereka juga akan tutup mulut akan hal ini, dan terus menyalahkan UMNO. Percayalah , kalaulah apa yang izah kata itu dikatakan oleh orang UMNO....habis...... tentu kena hentam dari segenap penjuru, termasuk dlam khutbah2 Jumaat tiga hari lepas.
Satu segi saya bersetuju saranan agar menyerahkan isu yang dikaitkan dengan izzah itu kepada penilaian orang ramai. Apabila orang ramai menilai Izzah mereka juga turut menilai Pas dan pembangkang yang lain. Penilaian rakyat biasanya akan dirumuskan jawapannya semasa mengundi. Apabila mereka merasakan bahawa kenyataan Izzah itu mengelirukan, boleh membawa umat Islam dan bangsa Melayu kepada kesesatan serta tidak patut, mereka bukan sahaja akan menolak izzah, tetapi juga keluarganya, parti yang didokonginya dan pakatan yang menjadi sekutunya. Penilaian orang ramai jika diharapkan berlaku, itulah nanti jadinya.Saya kira Pas bersedia dengan kenyataannya ini.
Ya , semoga Allah memberikan petunjuk kepada hamba-hambaNya yang benar... ISLAM pasti dipelihara!Aminn
Ya, sebagai pemimpin, kenyataan - kenyataan yang mengelirukan sepatutnya dijauhi bagi mengundang kesesatan kepada rakyat marhain..
Bila TDM kata kenyataan YB Lembah Pantai itu melampau ada pula orang yang bertanya siapa lebih melampau?
Tun melampau ada sebab. Zaman tun mana ada puak pelampau berani angkat muka?! Tun kuat sebab sokongan orang Melayu kuat. Orang lain nak tuduh Tun melampau pun Tun mampu dirikan MALAYSIA. Bangsa lain pun suka. Nurul Izzah dan Pak Anuwar melampau ni , ada ke jasa-jasa ke atas Malaysia, Melayu dan ISLAM? Cina dan India pun tak merasa jasa nurul izzah ni!
tak semua melayu adalah islam.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...